Home »
» Star anti-Islam, kata PERKASA
Star anti-Islam, kata PERKASA
Written By canang on Isnin, 15 Ogos 2011 | 8/15/2011 01:04:00 PTG
Pertubuhan Hak Melayu, PERKASA, hari ini mengecam akhbar The Star sebagai musuh Islam, kerana menyiarkan artikel dan gambar masakan daging babi dalam sisipan juadah berbuka puasa.
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali (kanan) menegaskan beliau tidak
menerima penjelasan bahawa ia adalah satu kesilapan.
"Kita semua tahu siapa editor the Star," katanya sambil menyifatkan tindakan tersebut sebagai menguji had toleransi orang Islam.
Bercakap selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi PERKASA di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur, Ibrahim bertegas kesilapan The Star adalah "cabaran terang-terangan" terhadap Islam.
Beliau yang juga ahli parlimen Pasir Mas menuduhkan akhbar harian berbahasa Inggeris itu secara "konsisten menyerang Islam".
Oleh itu, tegas Ibrahim, adalah perlu bagi PERKASA "menuntut semula peranan sebagai pembela Islam", dengan menuduh PAS telah gagal memainkan peranan tersebut.
Ahli parlimen bebas itu juga mendakwa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri tidak lagi mengambil berat tentang Islam dan kini lebih tertarik dengan undi dan akan berkompromi terhadap apa saja.
Dalam satu majlis kecil selepas itu, Pemuda PERKASA membakar nashkah akhbar the Star.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan