Home » » Misi Kemanusiaan Somalia"Jaket kalis peluru tak berkesan

Misi Kemanusiaan Somalia"Jaket kalis peluru tak berkesan

Written By canang on Isnin, 5 September 2011 | 9/05/2011 07:16:00 PTG


PETALING JAYA — Pemakaian jaket kalis peluru tidak dapat menjamin keselamatan jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor kerana saiz peluru yang digunakan adalah besar dan mampu menembusi jaket tersebut, kata ketua pasukan perubatan misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia, Datuk Dr. Alwi Abdul Rahman.

Beliau berkata, peluru yang mengenai Allahyarham adalah besar, dan menjejaskan dua organ penting mangsa iaitu jantung dan paru-paru.

"Walaupun pakai vest tapi masih boleh tembus. Peluru itu memasuki grey area... masuk dari armpit dan tembus ke bahu. Selepas terkena tembakan itu dia langsung tidak sedarkan diri,” katanya kepada pemberita selepas tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, dekat sini hari ini.

Dr. Alwi merupakan salah seorang daripada 55 anggota misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia termasuk Allahyarham Noramfaizul yang maut Jumaat lepas akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu. — Bernama
Share this article :

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sama ada jaket kalis peluru berkesan atau tidak,bukan soalnya.Hari ini Najib buat kenyataan: kalau ada latihan,ada jaket kalis peluru pun,tak berguna ".Kenyataan-kenyataan seperti ini amat dangkal dan memualkan.Yang jadi persoalan pokoknya ialah SOP untuk para wartawan bertugas keluar negeri,zon bahaya,sudahkah dipatuhi? Kedua,diMalaysia adakah SOP,persediaan dan kelengkapan bagi wartawan bertugas diluar negara dizon bahaya in dan siapa yang bertanggungjawab menentukan SOP ini dipatuhi? Memanglah kalau sudah ditakdirkan,itu cerita lain.Itu kerja Allah,kerja kita (berusha dan berakhtiar)mana?
Nak cari publisiti murahan,Mamak Azeez dapat penyakit.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger