KOTA BAHARU 4 Sept. - Empat belas Ketua Bahagian Umno di Kelantan hari ini masing-masing dilantik sebagai pengarah jentera pilihan raya bagi setiap kawasan parlimen di negeri itu.
Setiap Ketua Bahagian UMNO itu pula akan memilih di kalangan ahli UMNO di bahagian masing-masing sebagai timbalan pengarah pilihan raya untuk “menjaga" setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kelantan mempunyai 14 kawasan Parlimen dan 45 DUN.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pelantikan pengarah dan timbalan pengarah jentera pilihan raya adalah untuk menggerakkan parti dengan program-program bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN).
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, mereka yang menjadi pengarah dan timbalan pengarah jentera parti tidak semestinya akan dilantik sebagai calon pilihan raya umum.
"Mereka diberikan amanah untuk meyakinkan rakyat supaya menyokong kepada BN.
Soal calon adalah berbeza dan kepimpinan menetapkan hanya calon yang boleh menang akan dipilih,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Perhubungan UMNO Negeri, di sini hari ini. - Bernama Agenda sulit UMNO!
Home »
» Pru13: Umno Mula Bersiap Tawan Kelantan
Pru13: Umno Mula Bersiap Tawan Kelantan
Written By canang on Isnin, 5 September 2011 | 9/05/2011 09:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan