Home »
» PR Kutuk Pendakwaan Terpilih Mat Sabu
PR Kutuk Pendakwaan Terpilih Mat Sabu
Written By canang on Khamis, 22 September 2011 | 9/22/2011 08:00:00 PG
KUALA LUMPUR 21 SEPT : Pakatan Rakyat mengutuk pendakwaan terpilih dan berniat jahat terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang didakwa di Mahkamah Seksyen Butterworth hari ini.
Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kenyataan Mohamad adalah berasaskan interpretasi berbeza memngenai sejarah dan ia seharusnya boleh dibincang secara ilmiah.
Anwar mendakwa, pendekatan keras kerajaan dalam mendakwa Mohammad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu bercanggah dengan pemgumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang baru sahaja mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) minggu lalu, yang membayangkan beliau bersedia untuk berbincang mengenai hal seperti ini.
"Keputusan kerajaan mendakwa Mat Sabu bercanggah dengan apa yang diwar- warkan Najib untuk pembaharuan.
"Mereka nak mansuhkan ISA namun dakwaan ke atas Mat Sabu rakus dan berniat jahat," tegasnya.
Mat Sabu pagi tadi mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu.
Beliau dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM15 ribu dan tarikh sebutan kes ialah pada 27 Oktober depan dan perbicaraan akan dijalankan pada 5 hingga 9 Disember.
Mat Sabu didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 2 tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan