Golongan wanita yang mewakili 40 peratus daripada tenaga kerja dunia hanya memperolehi 1 peratus kekayaan dunia, menurut laporan terbaru Bank Dunia.
Laporan Pembangunan Dunia yang dikeluarkan Ahad lalu itu menunjukkan jurang kesamarataan jantina di negara membangun di seluruh dunia masih tinggi, walaupun telah banyak usaha dilakukan selama berdekad-dekad lamanya.
Menurut laporan itu, daripada segi gaji pula, golongan wanita ini hanya memperolehi 62 peratus bagi setiap AS$1 (RM3.1) yang diperolehi oleh lelaki di Jerman, manakala 64 peratus di India dan kira-kira 80 peratus di Mexico dan Mesir.
Usahawan wanita pula lebih malang apabila hanya memperolehi 34 peratus daripada setiap AS$1 (RM3.1) yang diperolehi usahawan lelaki di Ethiopia dan hanya 12 peratus di Bangladesh.
Untuk kategori angka kematian pula, wanita dan gadis lebih banyak yang meninggal dunia berbanding lelaki dan remaja di negara-negara membangun dan miskin dengan 3.9 juta daripada golongan ini yang berumur di bawah umur 60 tahun ‘hilang’ setiap tahun.
Masalah lebih buruk lagi di sub-Sahara Afrika serta negara-negara yang dibelenggu penyakit HIV/AIDS.
Bagi kategori pendidikan, wanita kini mewakili lebih separuh daripada pelajar universiti dunia dengan 60 negara membangun memiliki lebih ramai gadis berbanding lelaki di institusi pengajian tinggi itu.
Bagaimanapun untuk pendidikan peringkat awal, jumlah antara kanak-kanak perempuan dan budak lelaki tidak jauh berbeza, tetapi di peringkat pendidikan menegah, gadis melebihi jumlah remaja lelaki di 45 negara membangun.
Menurut Bank Dunia, menghapuskan halangan-halangan kepada golongan wanita dapat meningkatkan produktiviti setiap pekerja dari 3 peratus kepada 25 peratus di seluruh negara membangun.
“Negara-negara yang memberi peluang dan situasi yang lebih baik kepada wanita dan gadis dapat meningkatkan produktiviti, memperbaiki hasil kepada kanak-kanak, menjadikan institusi lebih bertanggungjawab dan menggalakkan prospek pembangunan,” kata laporan itu. – AGENSI
Home »
» Wanita masih jauh ketinggalan
Wanita masih jauh ketinggalan
Written By canang on Rabu, 21 September 2011 | 9/21/2011 10:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan