PETALING JAYA: Gara-gara penyebaran gambar seksinya, pelakon baru, Nurul Ain Nordin (Ain) akui ada pihak yang mengecam dan tidak kurang juga yang menyokong dirinya di laman sosial Facebook.
Biarpun gambar tersebut memberikan kesan kepada Ain, namun dia menerima respons yang menunjukkan ada juga peminatnya yang akan menonton filem yang dikaitkan dengan kontroversi itu yang berjudul Satu Malam Kubur Berasap.
“Semuanya bergantung kepada penonton kerana ada yang ingin menonton filem itu disebabkan ceritanya dan bukan kerana gambar seksi itu semata-mata.
“Seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini, gambar itu hanya diambil dan disunting untuk dimuatkan pada poster bagi mempromosikan filem tersebut.
Ain bergandingan dengan Along Raja Lawak dalam Satu Malam Kubur Berasap.
"Tetapi ada pihak yang menyalahgunakan gambar itu dengan menyebarkan gambar asal,” katanya yang pernah muncul dalam filem Lu Pikirlah Sendiri The Movie.
Bagaimanapun, Ain tidak menyalahkan pihak produksi apabila gambar tersebut tersebar.
“Saya tiada masalah dengan pihak produksi dan tidak menuduh mana-mana pihak,” katanya yang pertama kali memegang watak utama melalui filem ini.
Biarpun dikecam, Ain tidak serik untuk tampil dengan imej seksi jika diminta dalam filem atau drama yang ditawarkan kelak.
“Saya akan melihat kepada tawaran dan sejauh mana saya diminta berpenampilan seksi. Jika saya rasa boleh lakukan, saya akan terima. Bagaimanapun, saya tetap akan menjaga sensitiviti masyarakat agar perkara yang sama tidak berulang lagi.
“Saya perlu belajar daripada kesilapan. Tetapi pada saya seksi itu subjektif,” ujarnya.
Ain melakonkan watak seorang wanita bernama Siti yang telah meninggal dunia setelah menjadi mangsa rogol. Roh Siti mula mengganggu ketenteraman penduduk di Kampung Angan Tak Sudah bagi menuntut bela di atas kematiannya.
Suatu Malam Kubur Berasap, turut membariskan lima alumni Raja Lawak iaitu Angah, Along, Azrul, Wira dan Faiz, pelakon Zach Diamond, Ruminah Sidek, Zami Ismail dan Accapan.
Filem arahan Ernie Chen ini akan ditayangkan di pawagam mulai 22 Disember ini di seluruh pawagam di negara ini.
Home »
» Ain Tidak Serik Dikecam Kerana Gambar Seksi
Ain Tidak Serik Dikecam Kerana Gambar Seksi
Written By canang on Khamis, 22 Disember 2011 | 12/22/2011 12:14:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

4 ulasan:
Kalau dah dapat sekali seksi...memang takkan serik sampailah diri sendiri dapat hidayah dari Allah. Sebagai orang yang beragamakan Islam, kenapa saudari Ain ni mesti beri ulasan "Seksi itu subjektif"? Dah hilangkah akidah dan pegangan agamanya? Dalam Islam pula tak pernah mengulaskan soal seksi....kalau isu aurat tu, kelaziman dan kewajipan setiap ummah mematuhi dan mngetahuinya.
Semakin hilang norma murni dan akhlak wanita Islam sehingga sengaja tidak mahu membezakan yg mana yg hak mana yg batil...Moga Allah memberi hidayah kepada artis ini...
Insaflah anda...infat Allah,,,aurat kena jaga...
MEAMNG DIA TAK AMBIL BERAT TENTANG MARUAH DIA...ASTAGHFIRULLAH...
Catat Ulasan