Home »
» BERSIH 3.0 NEWS:DBKL TUTUP DATARAN MERDEKA
BERSIH 3.0 NEWS:DBKL TUTUP DATARAN MERDEKA
Written By canang on Jumaat, 27 April 2012 | 4/27/2012 10:07:00 PG
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara Dataran Merdeka dan kesemua laluan ke kawasan itu berkuatkuasa 6 pagi esok sehingga 6 pagi Ahad ini.Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam satu kenyataan, Khamis, berkata penutupan sementara kawasan tersebut kepada orang awam adalah menurut seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan dikawal di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.
DBKL sebelum ini menolak permohonan penganjur satu perhimpunan yang mahu mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka Sabtu ini kerana ia tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat.
DBKL telah menawarkan Stadium Titiwangsa di sini, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.
Perbadanan Stadium Malaysia juga dilaporkan bersedia menawarkan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai lokasi perhimpunan manakala pemilik Stadium Merdeka, Merdeka Heritage Trust, juga dilaporkan bersedia mempertimbangkan permohonan penggunaan stadium itu sebagai lokasi perhimpunan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mula memasang penghalang di sekeliling Dataran Merdeka sekitar jam 2.30 pagi tadi – lebih tiga jam sebelum arahan awal dikuatkuasakan.
Menurut Presiden Gerakan Mahasiswa Pantai Timur Syahmi Hazim Mohd Ithnin berkata pihak DBKL mengeluarkan arahan supaya mahasiswa dan orang ramai bersurai jam 4 pagi.Menurut seorang lagi saksi, selepas mahasiswa beredar ke seberang jalan di bangunan Sultan Abdul Samad DBKL juga turut memasang pagar besi – sebagai halangan kedua – untuk menghalang orang ramai berkumpul di Dataran.
Syahmi berkata sewaktu barricade mula dipasang, mahasiswa juga sempat mengadakan speaker corner di dataran tersebut. Pada ketika itu sekitar 30 mahasiswa dan orang awam berada di dataran tersebut.Sebelum itu, ratusan mahasiswa dan orang awam berhimpun di Dataran Merdeka sejak malam tadi. Mereka mula beredar apabila hujan mula turun di kira-kira jam 2 pagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan