Home »
» Erin Malek dituduh ambil ganja?
Erin Malek dituduh ambil ganja?
Written By canang on Ahad, 24 Jun 2012 | 6/24/2012 02:34:00 PTG
Jika diselak satu persatu lembaran diari seni pelakon remaja ini, pelbagai cerita negatif pernah tercatat sepanjang tujuh tahun dia bergelar anak seni.
Dituduh sebagai remaja bermasalah, bertatu, bertindik, semua itu pernah terpalit pada gadis ini.
Biarpun pahit, pemilik nama penuh Nur’Arina Abdul Malek atau lebih dikenali sebagai Erin Malek tetap menelan dan terus mengharungi hari-hari berikut demi cintanya terhadap bidang seni.
Meskipun sudah membuka lembaran baru, apatah lagi Erin sebelum ini sudah berjanji untuk berubah, namun masih ada pihak yang cuba mencalarkan reputasi yang sedang dijaganya kini.
Nama Erin kini dikaitkan pula dengan kisah seorang pelakon remaja bermasalah yang mengambil ganja di lokasi hingga menyebabkan penggambaran terpaksa dilakukan berulang kali.
Tidak cepat melatah dengan fitnah yang cuba menjatuhkan kariernya, Erin berkata, dia enggan mengambil pusing dengan gosip murahan yang dicipta pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan kariernya.
"Erin akui, mula-mula mendapat tahu perkara ini menerusi laman sosial Twitter, Erin memang terkejut.
Sedih pun ada sebab Erin tahu tak buat benda bodoh seperti itu, Erin masih waras nak beza benda yang tak elok dan yang elok.
"Kalau boleh Erin dah malas nak ulas cerita-cerita merapu sebegini. Apa yang penting Erin tahu Erin tak buat benda-benda seperti itu.
"Malah, ibu Erin juga ada berpesan supaya tidak ambil peduli dengan cerita seperti itu. Jadi untuk apa Erin nak fikir lagi. Biarlah apa orang nak kata," katanya kepada Zass.
Tak putus asa
Biarpun cerita negatif seperti itu boleh merosakkan reputasinya, namun bagi Erin, dia tidak akan sesekali berundur dari industri hanya dek kerana sikap dengki orang lain kepada dirinya.
"Erin akan buktikan takkan tunduk atau berputus asa dengan cerita-cerita tidak berasas.
Kalau Erin tak kerja, Erin tak dapat duit dan tak dapat beli apa yang Erin mahu.
"Jadi lebih baik Erin buat tak tahu, terima tawaran, dapat duit, dapat juga Erin berbelanja. Lagi pun bila dah lama dalam industri, Erin dah faham dengan sepak terajang industri ini.
"Walaupun orang buat cerita negatif pasal Erin, Erin masih dapat kepercayaan penerbit dan pengarah.
Erin masih dapat tawaran. jadi tak ada sebab untuk Erin tinggalkan industri seni. Apa yang penting Erin tak buat benda-benda mengarut seperti itu," ujar gadis berusia 18 tahun ini.
Ambil tindakan?
Mengakui mengetahui siapa yang menyebarkan cerita mengenai dirinya, gadis yang terkenal menerusi drama Tentang Bulan ini bagaimanapun tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang.
Namun, seandainya perkara ini berlarutan sehingga melampaui batas, Erin berkata, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya.
Bagaimanapun ditanya apakah dia pernah membuat perangai di lokasi penggambaran, Erin menegaskan, dia tidak pernah menyusahkan orang lain di lokasi.
"Bila ada penggambaran, normallah bila kita ada buat silap, sama ada lupa dialog dan sebagainya.
"Kalau diikutkan logik, susah payah saya berusaha bina nama dalam industri, takkanlah semudah itu saya mahu jatuhkan nama saya sendiri," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Erin kini sedang sibuk menjalani penggambaran telemovie sempena Hari Raya Aidilfitri berjudul Nur Iman.
Selain itu, Erin kini dalam perancangan membuka perniagaan bersama ibunya dan perancangan ini sudah lama diimpi untuk dilakukan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan