Home » » Ubat rangsang seks tiruan dirampas

Ubat rangsang seks tiruan dirampas

Written By canang on Ahad, 24 Jun 2012 | 6/24/2012 11:12:00 PG



KUALA LUMPUR - Ubat-ubatan perangsang seks tiruan pelbagai jenama bernilai RM20,000 berjaya dirampas dalam serbuan di sekitar Lorong Haji Taib, di sini awal pagi tadi.

Operasi bersepadu, Cawangan Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan itu dilakukan ke atas empat premis bergerak yang sedang beroperasi dan sebuah stor simpanan produk-produk haram di situ.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Penguatkuasa Farmasi Kuala Lumpur, Norita Noraini berkata, antara produk yang dirampas adalah Cialis dan Viagra yang merupakan produk tiruan dari China dan disyaki mengandungi bahan racun berjadual.

Menurutnya, ubat-ubatan yang dijual di kaki lima itu berbahaya dan dikhuatiri memudaratkan pengguna kerana tidak diketahui jumlah dos yang sesuai untuk pengguna dan memerlukan preskripsi doktor.

“Produk-produk perangsang seks ini mengandungi bahan beracun berjadual di bawah Akta Racun 1952, iaitu sildenafil, taladafildan vardenafil yang dikawal di bawah Akta racun 1952 di mana pembekalannya boleh hanya dibuat oleh doktor dan ahli farmasi.

“Di antara kesan sampingan penggunaan ubatan sebegini ialah gangguan tekanan darah dan jantung ke tahap serius yang boleh menyebabkan kematian,” katanya ketika ditemui semasa operasi itu.

Operasi bermula pada jam 1.30 pagi itu dianggotai lebih 70 pegawai dan berakhir sejam kemudian.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger