GAMBAR ATAS : Banglow mewah MB Terengganu yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu YAB Datuk Ahmad Said yang terletak di Kijal Kemaman.
GAMBAR BAWAH : Rumah kampung Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas Datuk Sri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang terletak di Rusila Marang.
Dalam bab rumah ni aku rasa Tok Guru Hj Hadi tewas teruk dengan Mat Said.Korang boleh lihat foto diatas dan bandingkan antara keduanya.Bagai kapalterbang dan kereta kancil kih..kih...
Sebagai perbandingan keduanya pernah menjadi MB Terengganu.Tok Guru Hj Hadi dari tahun 1999 hingga 2004 sementara Mat Said dari tahun 2008 hingga sekarang.Masing masing pernah memegang jawatan lebih kurang 4 tahun.Pada pandangan aku pendapatan mereka lebih kurang sama.
Dari sudut lain Tok Guru Hj Hadi lebih lama menjadi Wakil Rakyat berbanding Mat Said.Tapi kenapa kehidupan beliau dilihat serba sederhana sementara Mat Said hidup dalam serba kemewahan.
Selain Tok Guru Hj Hadi Mursyidul Am Pas,Tok Guru Nik Aziz juga dilihat mengamalkan kehidupan serba sederhana,Pendek kata kehidupan pemimpin tertinggi Pas berbanding pemimpin Umno bagaikan langit dengan bumi.Hanya mereka yang celik sahaja mampu menilainya.Fikir fikirkanlah...k.b.t
# Agok mu nak pilih peminpin guaner? macam mat said atau tok guru haji Hadi? kredit PBKB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan