MARANG – Lebih 1000 umat Islam mengadakan bantahan secara aman terhadap kata-kata dan tindak-tanduk Presiden MCA, Dato’ Dr Chua Soi Lek yang menghina hukum hudud dan agama Islam, sebaik selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Rusila, dekat sini pada 9 November.
Setiausaha PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali mendakwa Presiden MCA itu tidak mengetahui perundangan Islam tetapi bersikap kurang ajar kerana menghina hukum hudud dan Islam amnya.
Menurutnya, pemimpin MCA tersebut juga biadap kerana mempertikai agama Islam dengan mempersoalkan hudud yang telah digubal di Kelantan dan Terengganu sebagai hudud versi PAS.
“Tunjukkan contoh, di mana lemahnya (hudud), di mana kurang atau pun tempat tidak kena undang-undang hudud yang digubalkan khususnya di Terengganu dan Kelantan yang telah mengubalkan undang-undang di bawah Kanun Jenayah Syariah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Aman Membantah Kenyataan Chua Soi Lek Hina Islam di perkarangan Masjid Rusila, Marang, 9 November lalu.
http://www.buletinonline.net/ images/stories/aberita8/ bantah%20CSL1.jpgHaji Yahaya selaku Yang Dipertua PAS Marang menegaskan perhimpunan secara aman tersebut bagi menyatakan sikap serta pendirian PAS mempertahankan Islam.
Ini kerana, kata beliau, hati umat Islam di negara ini terguris, terkilan dan marah dengan kenyataan dibuat oleh mereka yang tidak faham serta membenci Islam.
“Ini (demontrasi) adalah untuk menyatakan sikap dan pendirian kita (PAS) membela Islam. Hati umat Islam terguris, terkilan dan marah dengan kenyataan-kenyataan dibuat oleh mereka yang tidak faham dan dilihat seperti membenci agama Islam.
“Kita sendiri (sebagai Islam) juga diajar oleh agama (Islam) agar kita tidak menghina agama-agama lain walau pun kita tidak bersetuju dengan agama-agama lain (namun) kita tidak sampai menghina agama-agama mereka (bukan Islam),” jelasnya.
Menurunya, penghinaan itu berpunca dari kelemahan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang membiarkan orang-orang bukan Islam menghina hudud di negara ini.
Tambah beliau, tindakan pemimpin MCA itu turut mendapat sokongan ulama’-ulama’ muda dalam Umno yang menyifatkan ia hanya menghina serta mempertikaikan hudud PAS.
Antara pimpinan PAS yang hadir dan berucap iaitu Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato’ Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Ahmad Faizul Wan Abas dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Terengganu, Syeikh Muhammad Hanafi.
Setiausaha PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali mendakwa Presiden MCA itu tidak mengetahui perundangan Islam tetapi bersikap kurang ajar kerana menghina hukum hudud dan Islam amnya.
Menurutnya, pemimpin MCA tersebut juga biadap kerana mempertikai agama Islam dengan mempersoalkan hudud yang telah digubal di Kelantan dan Terengganu sebagai hudud versi PAS.
“Tunjukkan contoh, di mana lemahnya (hudud), di mana kurang atau pun tempat tidak kena undang-undang hudud yang digubalkan khususnya di Terengganu dan Kelantan yang telah mengubalkan undang-undang di bawah Kanun Jenayah Syariah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Aman Membantah Kenyataan Chua Soi Lek Hina Islam di perkarangan Masjid Rusila, Marang, 9 November lalu.
http://www.buletinonline.net/
Ini kerana, kata beliau, hati umat Islam di negara ini terguris, terkilan dan marah dengan kenyataan dibuat oleh mereka yang tidak faham serta membenci Islam.
“Ini (demontrasi) adalah untuk menyatakan sikap dan pendirian kita (PAS) membela Islam. Hati umat Islam terguris, terkilan dan marah dengan kenyataan-kenyataan dibuat oleh mereka yang tidak faham dan dilihat seperti membenci agama Islam.
“Kita sendiri (sebagai Islam) juga diajar oleh agama (Islam) agar kita tidak menghina agama-agama lain walau pun kita tidak bersetuju dengan agama-agama lain (namun) kita tidak sampai menghina agama-agama mereka (bukan Islam),” jelasnya.
Menurunya, penghinaan itu berpunca dari kelemahan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang membiarkan orang-orang bukan Islam menghina hudud di negara ini.
Tambah beliau, tindakan pemimpin MCA itu turut mendapat sokongan ulama’-ulama’ muda dalam Umno yang menyifatkan ia hanya menghina serta mempertikaikan hudud PAS.
Antara pimpinan PAS yang hadir dan berucap iaitu Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato’ Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Ahmad Faizul Wan Abas dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Terengganu, Syeikh Muhammad Hanafi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan