Sudahlah Aminulrash
id mati dibunuh, dituduh pula sebagai penjenayah apabila kononnya dijumpai sebilah pedang atau parang dalam kenderaan milik kakak arwah yang dipandunya. Walaupun didesak berkali-kali, pihak polis tidak menarik balik tuduhan penjenayah dan tetap tidak akui bahawa parang tersebut adalah 'planted evidence' sedangkan Aminulrasyid dikenali sebagai seorang remaja yang baik oleh warga setempat.
Sungguhpun undang-undang membenarkan polis menggunakan segala langkah yang perlu untuk melakukan tangkapan, termasuk tembak mati, tetapi ia terikat dengan syarat - hanya kepada jenayah yang dilakukan itu ialah jenayah yang boleh dihukum mati selain mempertahankan diri. Jelas kedua-dua kriteria tersebut tidak tepat untuk membolehkan Aminulrasyid dibunuh.
Dengan pelbagai tohmahan palsu, tanpa sebarang permaafan dari pihak polis dan menteri KDN, dan terbaru keputusan mahkamah yang 'tidak logik', di manakah keadilan buat arwah adik Aminulrasyid?
Justeru itu dalam isu Aminulrasyid, pesalah tetap pesalah. Kelalaian pihak polis wajar diakui dan si penembak harus dihukum setimpal agar tiada lagi polis yang lain menembak di lapangan awam tanpa pertimbangan yang sepatutnya.
Jenain dibiarkan bebas ketika keluarga arwah Aminulrasyid meratapi pemergian 'budak penjenayah' ciptaan polis, tanpa keadilan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan