Home » » TAHUKAH ANDA: PERKARA SEBELUM PEMBEDAHAN CAESAREAN

TAHUKAH ANDA: PERKARA SEBELUM PEMBEDAHAN CAESAREAN

Written By canang on Ahad, 6 Januari 2013 | 1/06/2013 08:53:00 PTG

TAHUKAH ANDA: PERKARA SEBELUM PEMBEDAHAN CAESAREAN

1. Doktor anda akan memberitahu prosedur tersebut. Doktor akan memberitahu anda:
- Apa yang akan berlaku ketika prosedur caesarean.
- Menerangkan kepada anda kenapa pembedahan ini perlu dilakukan.
- Menerangkan risiko yang mungkin akan berlaku pada anda serta bayi anda.
- Meminta kebenaran anda, dimana anda mempunyai hak untuk menolak prosedur tersebut.

2. Sebelum pembedahan, anda perlu memakai gaun hospital. Anda juga perlu menanggalkan semua barang kemas. Dan anda juga perlu menanggalkan gigi palsu atau pendakap gigi, jika ada.

3. Anda juga perlu menanggalkan solekan dan juga pewarna kuku. Ini adalah untuk memudahkan kakitangan pembedahan memerhati tona kulit anda ketika pembedahan. Anda tidak dibenarkan menggunakan kanta sesentuh ketika pembedahan tersebut. Jika anda menggunakan kanta mata, berikan pada suami anda ataupun kakitangan, supaya anda boleh menggunakannya kemudian untuk melihat bayi anda.

4. Dalam kebanyakan kes, suami anda akan berada bersama ketika pembedahan tersebut. Suami anda juga perlu menukarkan ke gaun surgikal. Pakaian surgikal ini termasuk topeng muka bagi menutup hidung dan mulutnya, penutup kepala dan penutup kasut khas.

5. Ketika pembedahan tersebut, anda akan berbaring diatas meja pembedahan, yang telah dicondongkan atau disengetkan ke kiri. Ia dicondongkan agar bekalan darah ke paru-paru tidak dikurangkan disebabkan oleh keberatan rahim, yang boleh menyebabkan tekanan darah rendah.

6. Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum pembedahan caesarean anda:
- Satu tititsan (drip) akan dimasukkan ke dalam pembuluh darah di lengan anda. Ini akan memudahkan pemberian ubat-ubatan nanti jika anda memerlukannya.
- Anda akan diberi ubat bius. Biasanya bius diberikan pada tempat-tempat tertentu bila perlu, bagi prosedur ini, ia disalurkan melalui suntikan anesthesia epidura atau sekatan spina. Ini bermakna bahagian bawah badan anda akan terasa kebas. Ia lebih selamat untuk anda dan bayi anda daripda anestesi am, yang membuatkan anda tidur.
- Tiub nipis atau kateter akan dimasukkan ke dalam pundi kencing melalui urethra anda. Ini akan memastikan pundi kencing anda dikosongkan. Ia boleh dimasukkan selepas ubat tahan sakit dimasukkan, supaya anda tidak merasa sakitnya.
- Kawasan faraj anda, di mana pembedahan akan dilakukan, akan dicukur rapid an dibersihkan dengan antiseptik.
- Anda akan diberikan stokin putih, air yang banyak atau suntikan penipisan darah untuk mengurangkan risko terbentuknya darah beku di dalam saluran darah kaki anda (deep vein thrombosis).
- Peralatan untuk memantau tekanan darah anda akan diletakkan pada lengan anda.
- Elektrod akan diletakkan pada dada anda untuk mengawasi degupan jantung anda. Alat pengesan nadi juga akan diletakkan pada jari anda.
- Plat plastik yang berpelekat akan diletakkan pada kaki anda. Ia digunakan oleh pakar bedah anda untuk membumikan aliran elektrik yang dihasilkan oleh peralatan elektrik yang digunakan ketika pembedahan caesarean tersebut. Jangan risau kerana plat bumi itu tidak memberi kesan kepada anda.

7. Anda mungkin diberi pilihan untuk:
- Suntikan antibiotik untuk menghalang jangkitan.
- Ubat mabuk bagi mengelakkan anda muntah.
- Ubat penahan sakit yang kuat semasa dan selepas pembedahan tersebut.
- Ubat penahan sakit untuk menghilangkan rasa lenguh.
- Pemberian oksigen melalui topeng gas, jika bayi anda dalam keadaan kritikaEl




PhotobucketPhotobucket



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger