Home » » Terkini !listen! listen! listen! UMNOOOOOOO

Terkini !listen! listen! listen! UMNOOOOOOO

Written By canang on Rabu, 16 Januari 2013 | 1/16/2013 05:57:00 PTG

Terkini ! Malaysia hilang kepentingan pada mata Jepun
Malaysia disifatkan telah hilang kepentingan pada pandangan gergasi ekonomi dunia iaitu Jepun apabila tiada dalam pilihan lawatan pertama Perdana Menteri Jepun yang baru, Shinzo Abe

Demikian kata Datuk Kamarudin Jaffar dalam kenyataanya kepada Harakahdaily ketika mengulas langkah PM baru Jepun yang tidak menyenaraikan Malaysia dalam negeri pertama yang hendak di lawati.

Bagi beliau, selain hilang kepentingan, boleh jadi juga tindakan ini diambil ekoran Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) baru-baru ini.

"Mungkin himpunan yang sangat hebat baru-baru ini menyebabkan Jepun tidak mahu membuat apa-apa komitmen dengan kerajaan yang ada sekarang," kata Kamarudin, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS.

PM Jepun yang baru, Shinzo Abe memilih untuk melawat Asia Tenggara berbanding Amerika Syarikat minggu depan sebagai negara pertama yang hendak dilawatinya.

Beliau memilih Indonesia, Thailand dan Vietnam dan mengenepikan Malaysia dalam senarai negeri pertama yang hendak dilawatinya.

Bagi Kamarudin, hilangnya Malaysia dalam senarai negeri pertama yang hendak dilawati membayangkan kepentingan negara ini pada mata gergasi ekonomi dunia itu
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger