Apabila cacai tidak bertauliah memberi komen, seluruh warga melayu terasa bangang!
Gua terpaksa publishkan kebodohan melayu ini demi mengelakkan melayu lain menunjukkan kebangangnya kepada umum.. Jadilah cacai bertauliah untuk mengelakkan anda dimalukan! kahkahkahkah
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Agus Yusof.
KUALA LUMPUR 16 Jan: Tragedi ‘listen’ ke atas KS Bawani antara bukti kerajaan menyekat mahasiswa memberi pandangan dan ini sangat malang terhadap sistem pendidikan negara, kata Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Agus Yusof.
Beliau berkata, mahasiswa perlu diberi peluang suarakan pendapat, bukan diaibkan sepertimana tindakan panel Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin kepada pelajar tahun dua jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) itu.
Jelas Agus, walaupun tidak setuju dengan pandangan Bawani, Sharifah tidak berhak menyekat dan mengaibkan pelajar itu depan khalayak.
“Cara tegur tak betul. Jika beliau (Sharifah) selaku moderator atau panel sekalipun tidak boleh mengaibkan orang, itu prinsipnya. Kalau tidak setuju, beliau kena bertindak matang.
“Malang sekali perkara itu boleh berlaku di universiti negara kita,” katanya kepada Keadilan Daily.
Pensyarah Sains Politik itu berkata, tragedi tersebut cerminan kerajaan untuk melahirkan graduan kelas kedua.
“Listen! Listen! Listen! Itu tragedi kepada kecemerlangan universiti apabila mahasiswi bertanyakan soalan pun diberhentikan,” tegas beliau.
“Bagaimana universiti mahu cemerlang jika mahasiswanya hanya perlu diam, dengar dan ikut sahaja sedangkan universiti sepatutnya menjadi “centers of criticism,” katanya dalam facebook.
Agus berkata, ‘listen’ tidak akan berlaku jika sistem pendidikan negara tidak dikongkong kerajaan yang mahu menyekat suara mahasiswa.
“Universiti tempat kecemerlangan ilmu, pencapaian akademik untuk diraikan. Ia sangat memalukan kerana bertindak tanpa profesional.
“Tragedi ini beri contoh tidak baik kepada pelajar. Bagi peluang untuk melontarkan pendapat, bukan malukan mereka,” ujarnya.
Dalam forum bertajuk ‘Seiringkan Mahasiswa dan Politik’ 8 Disember lalu, Sharifah yang juga Timbalan Ketua Wanita Kimma Kebangsaan, mengaibkan Bawani ketika pelajar itu mengutarakan pendapat dan persoalan.
Sharifah turun dari pentas dan berdiri di depannya. Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah itu dan meneruskan hujahnya.
Sharifah kemudian berkata ‘listen’ kira-kira 10 kali sebelum berkeras merampas mikrofon.
Klip video 24 minit itu dimuatnaik dalam youtube, Rabu lepas mendapat kritikan pelbagai lapisan masyarakat, yang menghentam tindakan Sharifah ke atas Bawani.
Posted by Admin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan