SANTAPAN ROHANI
HARTA DI DUNIA, SEBAGAI ALAT UNTUK KE AKHIRAT
HENDAKLAH DIINGAT, APA SAJA NIKMAT YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA KITA, pastikan bahawa semua itu adalah wasilah (alat) untuk mencapai kejayaan di akhirat... Ambil sedikit untuk kegunaan di dunia tapi jangan lupa fungsi asalnya... Bila kita diberi 10, tapi hanya perlu 3, maka yang 7 itu jadikan wasilah untuk akhirat... ORANG YANG SIHAT tentulah bepeluang buat baik lebih daripada orang sakit... ORANG KAYA TENTULAH LEBIH BERPELUANG daripada orang miskin, tapi bukan bermaksud orang miskin susah memasuki syurga...
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat, dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia.... "... ( Surah Al-Qasas 28:77)...
JIKA KAMU SEORANG YANG KAYA, SENANG-SENANGKAN HATIMU, KERANA ALLAH TELAH MEMBUKA JALAN YANG LEBAR BAGI KAMU UNTUK KE SYURGA... jika kamu seorang yang miskin, senang-senangkan hatimu, kerana dengan kemiskinan kamu, kamu terbebas daripada kedengkian orang, dengan kemiskinan kamu, kamu boleh tidur di mana-mana tanpa rasa takut... Itulah QANA'AH..
MASA MANUSIA terbahagi kepada 4 sahaja; MASA NIKMAT, MASA SUSAH, MASA TAAT DAN MASA MAKSIAT... Apapun MASA kita, pastikan kita gunakan untuk tujuan akhirat... Apabila mendapat nikmat bersyukurlah... bila waktu mendapat ujian dan cubaan; redha dan bersabarlah, jangan sekali-kali berkeluh kesah... Waktu melakukan ketaatan; ingatlah bahawa Allahlah yang memberi petunjuk dan kekuatan, beristighfar serta berdoalah agar ibadah diterima... Waktu melakukan maksiat, ingatlah Allah Maha Pengampun lalu bersegeralah bertaubat....
Untuk mencapai ‘qalbun salim’ (HATI YANG SEJAHTERA), bila sakit jangan segera minta sembuh, bila rugi jangan segera minta untung.... sebab, bila kita sakit atau rugi Allah berikan kita peluang untuk sabar... Jangan mengeluh... Allah Maha Tahu apakah amalan hambaNya yang mudah dilakukan oleh hambaNya, sebagai jalan menuju ke syurga..
Orang sakit jangan dengki kepada orang sihat, orang rugi jangan dengki kepada yang untung... Jadi bersabarlah... Allah dah kata bila orang tu diberikan nikmat bila bersyukur tak perlu minta Allah tambahkan... Orang musibah tak perlu berkeluh kesah, lihat Nabi Yunus a.s. dah ditelan ikan, dia tak mintapun dilepaskan, tapi asyik mengaku kesilapan diri, memuji Allah, lihat bagaimana Allah mengampunkan dan meninggikan darjat....
MENGEMBALIKAN AMALAN KEPADA ALLAH ITULAH IKHLAS... jika mengembalikan kepada diri sendiri itulah UJUB.... maka akan terhumban ke neraka.... Mudah-mudahan memberi manfaat...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan