Home » » Teguran Sultan Johor, Zahid perlu bertanggungjawab

Teguran Sultan Johor, Zahid perlu bertanggungjawab

Written By canang on Jumaat, 5 April 2013 | 4/05/2013 06:00:00 PTG

Teguran Sultan Johor, Zahid perlu bertanggungjawab


KUALA LUMPUR: PAS memandang serius teguran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar yang murka dengan pembekalan kelengkapan tidak bermutu kepada pasukan elit Kor Gerak Khas angkatan tentera.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berkata, teguran itu perlu diambil tanggungjawab oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan negara ini.

"Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mesti bertanggungjawab, jangan pula pegawai yang dimangsakan pula di dalam kes ini.

"Teguran ini datang daripada seorang Sultan. Selama ini pihak pembangkang sudah kerap kali membuat teguran. Semua kritikan itu dibangkul sampahkan sahaja," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas titah Sultan Ismail Ibrahim yang murka ke atas pembekalan kelengkapan tidak bermutu kepada pasukan elit Kor Gerak Khas angkatan tentera.

Baginda turut mengingatkan pihak tertentu agar tidak membekalkan peralatan kurang bermutu tetapi meletakkan harga berlipat kali ganda.

Sultan Ibrahim Ismail juga bertitah, lebih baik jika baginda sendiri mengambil alih kontrak berkenaan sekiranya perkara itu berterusan.

Difahamkan perbezaan harga Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal.

Mengulas lanjut Ustaz Idris berkata, tabiat buruk kerajaan BN bukan perkara baru, ia sudah menjadi darah daging di dalam pentadbiran.

Menurutnya, jika kita mengimbau kembali Laporan Audit Negara 2006, bagaimana Kementerian Pertahanan boleh membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta (hampir 1 bilion) walaupun tanpa baucer.

"Ini satu misteri, sedangkan pegawai kerajaan yang mahu buat tuntutan perjalanan yang berharga RM100.00 tidak diluluskan jika tanpa resit rasmi.

Malah pelik tapi benar, negara pernah hilang enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Jika enjin sebesar itu boleh hilang dijual ke luar negara bukan dijual di kedai besi buruk Sentul, maka sudah tentu wang negara yang lebih kecil senang hilang," tegasnya.

Sumber: Harakah Keadilan Daily




Share this article :

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nnt zahid hamidi kata dia bukan menteri pertahanan lg sbb parlimen dh bubar.. tgu menteri pertahanan baru jawab lps PRU nnt..standard menteri2 dlm ameno...lepas tengkok

Realised voter berkata...

Lps tengkok? Tgok aa nnti.. Satu2 kita heret masuk mahkamah..
psssstt..Tanpa Nama 4/05/2013 6:35 PTG:Apa kata kalu dorg2 tu dibicarakan dlm mahkamah tentera plak skali skala..hihihi..

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger