Home » » Apakah sebenarnya yang sedang berlaku?

Apakah sebenarnya yang sedang berlaku?

Written By canang on Ahad, 9 Jun 2013 | 6/09/2013 02:20:00 PTG


Apakah sebenarnya yang sedang berlaku?

SPR mengakui bahawa mereka telah 'mengusik' kandungan dakwat kekal yang dibeli untuk tujuan tertentu yang disyaki ada ni
at mensabotaj perjalanan pilihanraya.

"Mereka yang menggunakan cecair menghilangkan penggilap kuku (nail remover) akan mendapati ia tidak mempunyai kesan kerana dakwat direka untuk menahan daripada sebarang pewarna tiruan atau bahan kimia.

"Malah detergen terkuat juga tidak akan dapat untuk menghilangkan dakwat...pegawai kami telah menjalankan ujian menyeluruh," Ujar Datuk Wan Ahmad Omar. Beliau juga memberi jaminan dakwat ini tidak akan mempunyai apa-apa reaksi alahan pada kulit pengundi, dan telah disahkan selamat oleh Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kimia.

Namun sebaliknya setelah asakan dari pengundi yang mendapati dakwat kekal sebenarnya tidak kekal SPR berdalih kononnya telah mendapat satu surat daripada Kementerian Kesihatan yang memberikan amaran mengenai penggunaan silver nitrate yang berlebihan di dalam dakwat kekal yang boleh menyebabkan penyakit ginjal dan kanser. Kemudian Ahmad Maslan pula mendakwa keputusan ditukar pada saat-saat akhir untuk merendahkan kandungan silver nitrate adalah untuk tujuan kesihatan.

Sebelum ini penggunaan dakwat kekal telah dirujuk kepada pelbagai pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan

Anda boleh rujuk pautan yang disediakan untuk lebih lanjut.

1. http://alturl.com/ck7c6 - SPR akui dakwat kekal mengandungi nitrat perak yang selamat untuk kesihatan.
2.http://alturl.com/53ocm (URL UPDATE) - Penafian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap dakwaan SPR
3. http://alturl.com/ipmpk
4. http://alturl.com/gxj79
5. http://alturl.com/k52p9
6. http://alturl.com/q4zi4 - Utusan - Perakuan JAKIM
7. http://alturl.com/nf7us - Keputusan Fatwa



https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151749578757189&set=a.345091282188.188366.345034017188&type=1&theater






Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger