Home » » Panas!! Mistri kematian Altantuya menghantui Najib dalam Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur +Video

Panas!! Mistri kematian Altantuya menghantui Najib dalam Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur +Video

Written By canang on Ahad, 9 Jun 2013 | 6/09/2013 09:00:00 PG


Panas!! Mistri kematian Altantuya menghantui Najib dalam Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur +Video

SOALAN MAUT KEPADA KERAJAAN MALAYSIA?
Delegasi Mongolia mahu jawapan kematian Altantuya
Delegasi Mongolia di Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri wanita warganegara itu, Altantuya Shaariibuu di Malaysia.

Bercakap kepada media di luar persidangan itu, Presiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg berkata, perbicaraan baru harus bermula untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.

"Kami membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan," tegasnya.

Diapit oleh kira-kira 70 anggota delegasi, beliau berkata ia demi untuk dua anak lelaki Altantuya yang kini membesar tanpa ibu mereka.

"Kami juga berharap diberi bantuan kewangan kepada kedua-dua anak-anak tersebut," katanya.

Menurut pengarah eksekutif MWF, Ariunna Shagdarsuren (kanan), MWF telah memutuskan untuk membawa mesej itu bagi pihak keluarga si mati selepas bertemu dengan bapa Altantuya.

"Bapanya telah meminta kami supaya membangkitkan perkara ini kerana beliau perlu memberitahu cucunya mengapa ibu mereka mati di Malaysia," katanya.

"Sudah bertahun-tahun berlalu, berapa lama lagi mereka perlu menunggu?" ~mk

Baca Misteri: Pembunuhan Kejam Altantuya di SINI

http://azmieyusoff.blogspot.com/2013/06/panas-mistri-kematian-altantuya.html








Share this article :

1 ulasan:

ahlee berkata...

Kematian dan pembunuhan oleh Second Bridge penang seorang rakyat Islam Penang Ketua Mentri apa buat? yg sibuk kapir laknat mati apahal ada share ke?

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger