Home » » Misteri pakej melancong! Annuar dakwa pegawai FAM bawa isteri ke Eropah 'pantau' Harimau Muda

Misteri pakej melancong! Annuar dakwa pegawai FAM bawa isteri ke Eropah 'pantau' Harimau Muda

Written By canang on Jumaat, 21 Jun 2013 | 6/21/2013 03:00:00 PTG


Misteri pakej melancong!

Annuar dakwa pegawai FAM bawa isteri ke Eropah 'pantau' Harimau Muda

Kuala Lumpur: Selepas membongkar isu perbelanjaan tajaan berjumlah RM30 juta, Tan Sri Annuar Musa semalam mendedahkan pula tembelang sebenar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam menghantar skuad Harimau Muda A berlatih di Slovakia yang didakwanya untuk memudahkan pegawai dan isteri masing-masing melancong secara percuma.

“Selepas pasukan dihantar berlatih nun jauh ke Slovakia, difahamkan seorang demi seorang pegawai melancong ke sana. Sukan SEA hanya dianjurkan di Asia Tenggara tetapi pasukan berlatih di benua Eropah.
“Dikhabarkan segala-galanya diatur seorang ejen yang membuat ‘good business’ (perniagaan yang menguntungkan) daripada program ini tetapi bagaimana cara ejen ini dipilih? Tender atau sebut harga?


Ulang alik bawa isteri

“Apakah Exco FAM terbabit dan kenal ejen yang mengaturkan semua ini? Semua pasukan lain berlatih dalam negara sendiri dengan belanja yang terhad. Pegawai dan isteri tak perlu berulang alik ke Eropah atas alasan mahu melihat pasukan berlatih,” katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Seperti diketahui, FAM menghantar skuad Harimau Muda A kendalian Ong Kim Swee menjalani persiapan lima bulan di Eropah mulai pertengahan Mac lalu dengan sasaran mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar, hujung tahun ini.

Annuar turut menimbulkan persoalan mengenai keputusan FAM menghantar Harimau Malaya berlatih di Australia kerana disifatkannya tidak berbaloi walaupun ia dikatakan menggunakan wang tajaan Telekom Malaysia (TM).


SUMBER










Share this article :

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebab itulah mereka berebut-rebut nakkan jawatan dlm FAM atau mana-mana persatuan sukan.Tak percaya tanya bendahari persatuan bola sepak negeri yang telus memegang jawatan.Sapa tak mau freeee noooo.Bawak anak bini lagi.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger