Home » » Krisis berterusan, 3 orang kuat MAS perlu letak jawatan segera

Krisis berterusan, 3 orang kuat MAS perlu letak jawatan segera

Written By canang on Ahad, 18 Mei 2014 | 5/18/2014 05:15:00 PTG

Kesatuan Pekerja-pekerja Sistem Penerbang MAS (MSUE) menggesa Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya; Pengarah Sumber Manusia, Zahrah Zaid dan Pengarah Jurutera, Azhari Dahlan meletak jawatan dengan segera.
Setiausaha Eksekutif MASUE, Mohd Jabarullah Abdul Kadir, berkata pihaknya turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan bagi memastikan tiga ornag kuat syarikat penerbangan itu meletak jawatan bagi memastikan MAS tidak mengalami kerugian berterusan.
“Najib perlu campur tangan dalam pentadbiran MAS dengan melantik kepimpinan baharu yang lebih arif dalam industri penerbangan dan mengugurkan tiga individu terbabit.
“Dalam masa tiga tahun tidak ada sebarang keuntungan, pelbagai masalah dalaman termasuk kerugian terbesar RM2.52 bilion yang dialami MAS ,pada 2011 merencatkan reputasinya sebagai syarikat penerbangan ulung negara, sejak 40 tahun lalu,” katanya pada sidang di pejabat MASUE, di sini.
Memetik Harakah Daily, Jabarullah berkata, apabila seseorang itu tidak mempunyai kepakaran dalam mengetuai bidang penerbangan, maka adalah sukar untuk memastikan MAS terus maju dalam persaingan industri penerbangan.
“MASUE tidak mahu melihat MAS terus mengalami kerugian dan kita mahu perkara ini diselesaikan dengan segera.
“Kami berpendapat tiga individu ini sudah diberikan masa yang cukup untuk membuktikan apa yang mereka boleh lakukan terhadap MAS, tidak perlu ada lanjutan masa lagi dan yang terbaik kami gesa mereka letak jawatan dengan cara terhormat,” tegasnya.
mas-a380-1-webBeliau turut menyatakan MAS adalah maruah rakyat negara ini dan perlu diselamatkan.
“Kami minta semua pihak menyokong desakan ini tidak kira apa juga lapisan masyarakat atau fahaman politik. Ini adalah maruah rakyat Malaysia dan ia perlu diselamatkan daripada mereka yang tidak mempunyai sebarang kepakaran.
“Dalam MAS, ramai individu yang mampu dan mempunyai kepakaran untuk kendali syarikat ini tetapi mereka tidak dipandang pihak tertentu,” katanya.
Pada masa sama, MASUE akan menganjurkan piket di hadapan Bangunan MAS Subang Jaya bagi mendesak tiga individu itu melepaskan jawatan jam 5 petang, pada 26 Mei lalu.
Krisis dalaman MAS bukan sahaja berdepan dengan tragedi MH370 tetapi membabitkan masalah yang serius apabila hampir 300 kru kabinnya meletak jawatan yang menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian hampir RM30 juta dalam tempoh dua tahun.
-NFN-
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger