Serang Balas Dyana Sofya Terhadap Shahrizat, "Shahrizat Adalah Contoh Bagaimana Umno Mengecewakan Wanita".
Calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud hari ini menyelar semula Datuk Seri Shahrizat Jalil, dengan berkata kenyataan memperkecilkan dirinya adalah bukti kegagalan Wanita Umno menaikkan wanita dalam politik.
“Kenyataan ketua Wanita Umno mengenai pencalonan saya sekadar wayang DAP adalah petunjuk kegagalan Wanita Umno menaikkan ahli wanita mereka ke kedudukan barisan kepimpinan dalam partinya dan kerajaan.
“Beliau sepatutnya memuji DAP kerana berani dan ada keinginan politik untuk meletak saya, seorang wanita Melayu muda di kerusi yang secara tradisinya ditandingi wakil Cina daripada Barisan Nasional, tetapi sebaliknya Shahrizat memperkecilkan saya dan DAP.
“Ini adalah sikap negatif yang diturunkan daripada barisan pemimpin wanita BN yang secara terus-terusan merompak peluang wanita untuk memimpin di negara ini,” kata Dyana dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, Shahrizat melahirkan rasa kasihan kepada Dyana yang dikatakan tidak sedar beliau adalah boneka yang diperguna oleh DAP untuk merampas kuasa.
Tetapi, hari ini Dyana mempertikaikan kenyataan itu dan berkata DAP menghormati wanita dan mengiktiraf wanita perlu memegang jawatan lebih besar dalam kerajaan untuk memberi keseimbangan wakil lelaki dan wanita.
“DAP juga berani mencalonkan semakin ramai calon wanita dalam setiap pilihan raya. Peranan wanita dalam politik tidak sepatut terkongkong dengan peranan tidak penting, menghidang makanan dan minuman kepada pekerja parti dan melawat pengundi di rumah mereka mengagihkan hadiah,” katanya.
Dyana berkata, DAP menaikkan calon belia tanpa mengira bangsa dan jantina dalam pilihan raya lalu, dan ini termasuk Teo Nie Ching dan Liew Chin Tong pada 2008, Zairil Khir Johari, Kasthuri Patto dan Alice Lau pada 2013.
Dyana juga menyangkal dakwaan Shahrizat, Umno yang membawanya di mana beliau berada pada hari ini, dan berkata pujian itu sepatutnya diberikan kepada ibu dan keluarganya.
“Saya minta beliau belajar daripada emak saya yang juga ahli Umno tetapi sudah sedar pencalonan saya oleh DAP adalah kejayaan untuk wanita muda dalam politik, terutama wanita Melayu, yang sudah lama terkebelakang disebabkan struktur tidak fleksibel yang diamalkan Umno.
“Saya terhutang budi kepada keluarga dan emak saya, atas semua kerja keras dan keputusan peribadi yang saya buat sepanjang hidup saya,” kata Dyana.
Dyana berkata, jika beliau memilih laluan yang serupa dengan Shahrizat dan tidak menyertai DAP pada 2011, adalah mustahil untuknya memasuki Parlimen sebagai wakil rakyat Teluk Intan dan jika terpilih, beliau bakal menjadi ahli Parlimen termuda dalam Dewan Rakyat.
“Datuk Shahrizat Jalil dan Puteri Umno tidak sepatutnya memperkecilkan kebijaksanaan dan kemampuan saya untuk membezakan BN yang melindungi kepentingan orang kaya dan berkuasa, dengan DAP yang melindungi hak rakyat biasa Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama, fahaman politik dan kepercayaan.
“Parti mencalonkan saya kerana saya sangat percaya kepada keadilan yang ideal, peluang sama rata dan pemerintahan yang baik,” katanya.
Dyana, yang juga setiausaha politik kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang akan bertanding melawan pemimpin veteran, Datuk Mah Siew Kong daripada BN, seperti diumumkan semalam.
Mah, yang juga presiden Gerakan, menang kerusi Teluk Intan dalam pilihan raya umum pada 1999 dan 2004 tetapi kalah kepada calon DAP M Manogaran dan Seah Leong Peng pada 2008 dan 2013 dengan undi majoriti masing-masing 1,470 dan 7,313.
Kerusi itu kosong selepas Seah meninggal dunia kerana penyakit barah pada 1 Mei menyebabkan pilihan raya kecil diadakan bagi kawasan yang mempunyai 23,301 pengundi Melayu berdaftar (38.6%), pengundi Cina (25,310, 41.9%) dan India (11,468, 19%).
DAP, yang membentuk satu pertiga daripada pakatan pembangkang, berusaha membuktikan pengkritiknya salah dengan meletakkan lebih ramai calon Melayu dalam pilihan raya umum lalu untuk meluaskan pengaruhnya.
Tetapi, keputusannya untuk meletakkan Dyana mencetus kritikan daripada Umno, termasuk akhbar lidah rasmi parti itu, Utusan Malaysia, yang mendakwa pencalonan Dyana akan mengecewakan dirinya dan tidak bernilai kepada parti itu.
Dyana juga menjadi mangsa kempen berniat jahat yang menunjukkan gambarnya berbaju mandi yang menjolok mata, dan penganalisis berkata tindakan itu adalah usaha untuk menunjukkan beliau bukan seorang Melayu yang “tulen” atau “baik”. -
The Malaysian Insider

Tiada ulasan:
Catat Ulasan