PULAU PINANG - Skuad Harimau Kumbang memberi amaran awal kepada
pencabar mereka dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan apabila akan
berbelanja besar mencecah RM20 juta untuk membentuk pasukan mantap.
Meletakkan sasaran utama untuk layak ke saingan Liga Super pada 2016,
Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Nazir Ariff
Mushir Ariff berkata, pihaknya yakin impian berkenaan mampu digapai
berdasarkan persiapan rapi yang dilakukan.
Katanya, setakat ini, FAP berjaya memikat sembilan pemain tempatan yang beraksi beberapa negeri dan kelab untuk menyertai pasukan berkenaan.
“Bagi pemain import pula, pengurusan membuat keputusan untuk mengekalkan penyerang dari Korea Selatan, Lee Gil Hoon yang telah meledak 16 gol dalam saingan musim lalu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menerima tajaan sebuah van bernilai RM80,000 untuk kegunaan pasukan yang disumbangkan pusat beli-belah Gama di sini semalam.
Mengenai pemain import lain yang akan membarisi skuad itu, Nazir Ariff berkata, pengurusan akan menyerahkan perkara itu kepada barisan kejurulatihan baharu untuk membuat keputusan.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga sedang berusaha mendapatkan seorang penyerang muda dari negeri jiran yang mana ketika ini pasukannya berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia.
" Ya, kemungkinan besar tentang perkara itu dan kita tunggu perkembangan selanjutnya," katanya.
Dalam saingan musim ini, Pulau Pinang yang dibimbing K. Deevan menamatkan saingan Liga Perdana di tempat ketiga di belakang PDRM dan Felda United manakala tersingkir awal dalam kempen Piala Malaysia dan Piala FA.sumber

Tiada ulasan:
Catat Ulasan