Seorang gadis dari Baram dirogol oleh seorang lelaki yang baharu
dikenalinya melalui aplikasi pesanan, WeChat selepas mangsa bertindak
berani mengatur pertemuan dengan lelaki itu, lapor The Borneo Post.
Kejadian dilaporkan berlaku dalam sebuah kereta di Jalan Astana, Kuching lebih kurang pukul 11 malam tadi.
“Suspek pada awalnya berjanji mengajak mangsa hanya untuk bersiar-siar di kawasan bandar, tetapi suspek telah membawa mangsa ke Jalan Astana.
“Bagaimanapun, suspek kemudian bertindak membuka seluar lalu merogol mangsa di tempat duduk belakang kereta,” lapor The Borneo Post yang memetik kenyataan sumber.
Laporan itu juga menyebut suspek kemudian menghantar mangsa pulang ke rumah sewa setelah melepaskan nafsu serakahnya.
Mangsa memberitahu kejadian itu kepada rakannya. Dia kemudian dibawa oleh rakannya itu untuk membuat laporan polis dan menjalani pemeriksaan di Hospital Umum Sarawak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan