Subuh di Pulau Melaka...seluruh rakyat dari pelusuk negara berhimpun di
Masjid Tok Guru...penghormatan terakhir buat al marhum Tuan Guru Nik
Abdul Aziz rahimahullah..
Panduan untuk orang ramai:
1. Solat jenazah jam 10 pagi di Masjid Pulau Melaka dan akan dibawa ke tanah perkuburan Pulau Melaka untuk dikebumikan.
2. Orang ramai yg ingin menziarahi dikehendaki menggunakan kenderaan shuttle yang akan disediakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV mulai jam 7.30pg.
3. Tetamu-tetamu daripada kalangan pimpinan parti politik &lain-lain yang tiba melalui Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Peng Chepa boleh ke Pulau Melaka dengan menggunakan kenderaan yang akan disediakan.
4. Jalan akan ditutup bermula dari Simpang 4 Panji (JPJ) hingga ke Simpang 4 Kota Jemba.

Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia malam ini.
Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.
Nik Abdul Aziz dibawa pulang ke kediamannya dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian jam 8.40 malam ini.
Nik Abduh dalam tulisan di Facebook petang ini berkata, tahap kesihatan bapanya itu merosot selepas rawatan ulser semalam.
Bekas menteri besar itu, yang turut mengidap kanser prostat dimasukkan ke HUSM pada 19 Januari lalu.
Tahap kesihatannya merosot ketika bah besar melanda negeri itu.
Dipos oleh Cananglahnie Original.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan