KOTA BHARU - Keadaan kediaman Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat di Pulau Melaka di sini mula dipenuhi penyokong dan orang ramai
setelah berita mengenai kemerosotan kesihatannya tersebar.
Malah kelihatan sanak saudara bekas Menteri Besar Kelantan itu turut kelihatan memasuki rumah beliau yang berhadapan dengan Masjid Pulau Melaka.
Ambulans yang membawa Nik Aziz bertolak dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kira-kira jam 8.40 malam dan tiba di kediaman rumahnya, 15 minit kemudian.
Ketika dibawa masuk ke rumahnya kelihatan Nik Aziz masih memakai alat bantuan pernafasan sambil diiringi keluarga terdekat.
Bagaimanapun beberapa pengawal melarang jurugambar dan wartawan merakam keadaan pemimpin Pas itu ketika diusung dari ambulans.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan