Home » » Kaki Seks Akan Membanjiri Kelantan Jika Hudud Dilaksana’ – Datuk Noor Farida

Kaki Seks Akan Membanjiri Kelantan Jika Hudud Dilaksana’ – Datuk Noor Farida

Written By canang on Ahad, 29 Mac 2015 | 3/29/2015 06:23:00 PTG

Golongan pedofil dikuatiri akan membanjiri Kelantan sekiranya undang-undang hudud berjaya dilaksanakan di negeri itu, kata jurucakap Kumpulan Tokoh Melayu (G25), Datuk Noor Farida Ariffin.
Bercakap dalam sebuah forum ‘Malaysia, Kebebasan Ekonomi dan Globalisasi’ sempena ulang tahun Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) yang ke-lima hari ini, untuk itu beliau menolak sepenuhnya undang-undang hudud sekiranya ia dilaksanakan di negara ini.
Kata Noor Farida, kaedah undang-undang hudud yang mahu dilaksanakan di negeri Kelantan masih lemah dalam cara perlaksanaannya dan tidak menggunakan teknologi terkini.
Tegasnya, itu mungkin berlaku kerana mereka menolak kaedah pembuktian saintifik dan sebaliknya menggunakan bukti kurun ke-12 sebagai pembuktian untuk kes zina.
“Zina misalnya, saya tidak faham dalam abad ke 21 ini enakmen syariah masih lagi tidak menggunakan teknologi canggih dalam menentukan mereka yang ditangkap kerana berkhalwat.
“Masih mahu mengekalkan kaedah empat orang saksi. Mengapa tak adakan ujian DNA dalam menentukan pesalah. Bagaimana nak dapatkan empat orang saksi dalam kesalahan zina?” soalnya.
Katanya hal ini boleh menyebabkan berlakunya kesukaran dalam membuktikan bahawa pesalah-pesalah itu benar-benar bersalah.
“Jika hudud dilaksanakan di Kelantan, golongan pedofil akan membanjiri Kelantan untuk merogol kanak-kanak di sana… dan tiada tindakan akan dikenakan terhadap mereka,” tegasnya lagi.
Sementara itu beliau berkata, dengan kebangkitan banyak kumpulan ekstremis agama dan kaum, adalah juga tidak sesuai jika hukum hudud dilaksanakan.
“Kita perlu sedar apa yang berlaku di dalam negara sekarang. Dengan kebangkitan kumpulan ekstremis agama dan kaum adalah tidak sesuai jika undang-undang hudud dilaksanakan.
“Saya orang Islam dan mempraktikkan Islam tetapi saya tidak mahu hidup di bawah undang-undang hudud. No, thanks,” katanya lagi.
Tambah Noor Farida untuk melaksanakan hukum hudud, beberapa aspek perlu dipertimbangkan.
“Pada 1993, negeri Kelantan telah meluluskan rang undang-undang hudud. Namun Perlembagaan Persekutuan menentangnya.
“Saya tahu, mungkin ada ustaz-ustaz yang akan kata saya tak boleh mempersoalkan hukum Allah. Benar, namun kajian-kajian dari para ilmuan Islam ada dibuat mengenai hudud,” jelasnya.
“Kata para ilmuan, beberapa aspek perlu dipertimbangkan seperti jurang antara kaum dan kesesuaian sebelum ia dilaksanakan. Sekarang pun, jurang Melayu kaya dan miskin pun masih jauh,” kata bekas duta Malaysia ke Belanda itu lagi.
Kerajaan negeri Kelantan kini sedang bercadang membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bulan depan bagi mendapatkan kelulusan beberapa pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang akan membolehkan ia melaksanakan hukum hudud dan qisas di negeri itu.
Cadangan pindaan terhadap enakmen tersebut juga akan dibincangkan dalam mesyuarat parti itu pada pagi Ahad ini.
Menurut PAS, sebarang keputusan akan dibuat dalam mesyuarat tersebut sebelum ia dibawa kepada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada sebelah petang hari yang sama.
Share this article :

10 ulasan:

gajimati berkata...

Hanya Allah sajalah yang berhak menetukan ke atas keceluparan mulutnya.

ras abu berkata...

Dia lupa nyawanya diberi oleh Allah swt.

Pemakaian hukum hudud itu sendiri akan menggerunkan manusia kerana ianya undang-undang dari Allah swt mempunyai roh.

Jangan guna pemikiran manusia dalam hal keimanan kepada Allah swt.

Unknown berkata...

Aku kesian kat pompuan ni. Mengaji tinggi2 tapi masih jugak bodo. Agaknya CGPA sama dgn Menteri UMNO kot. Cakap saja la hang tak mau hudud sebab tak mau pakai tudung. Hang jugak tak mau dilarang mewarna rambut. Sedar la diri tu dah tua, uban dah penuh memutih. Tak mau bagi nampak uban, pakai la tudung. Bodo betoi......

otaistillkick berkata...

memang dia mungkin terpelajar ...tapi jahil tentang hukum yang di ceritakan .....mafa je laaa..
http://relaxkedaikopi.blogspot.com/2015/03/cabaran-mp-muslim-di-parlimen.html

Unknown berkata...

Semuga Allah memberikan petunjuk serta hidayah kepadanya kepadanya.......aminnnn

Saiful berkata...

Beliau mengakui Mempraktiskan islam???rambutnya menjadi saksi praktisnya itu.
Hukum dan pembuktian kurun ke 12 lebih baik,4 orang saksi yg dipercayai adalah untuk.memantapkan bukti..dna masih bolih di putarbelitkan dengan gangguan kepada sample dna itu dan sebagainya.
Bermakna setiap wanita yang mahu selamat tidak akan keluar sendirian(perlu bersama muhrim atau 4 orang rakannita)kerana 4 orang itu akan menjadi saksi baginya(insyallah selamat jika bukan keluar sendirian)dan tiadalah lagi wanita yang akan mundar mandir dijalanan sesuka hatinya dengan.pakaian menjolok rasa.
Kalau diambil kira kenapa rogol berlaku?maka adalah sebab wanita wanita menjolok mata,kemudian bersendirian dikawasan risiko.
Say "no" and thanks" to hudud(kecuali hudud kelantan) adalah sama say no to Allah.

Unknown berkata...

Alhamdulillah..saban hari makin jelas wajah2 MUNAFIK dan FASIK di kalangan golongan2 pemerintah dn profesional yg mengaku islam di malaysia ni..klu dizaman rasullah saw pn tidak terlepas beban ini siapalh kita dizaman ni...yg pasti kpd org2 beriman yg memperjuangkn hukum hudud ni bersbarlah dn berserahlah kpd Allah semata2..kalau mereka2 ni org BERIMAN mereka akan lontarkan pandangan agar hukum hudud ini berjalan lancar bkn kritikan membantah seperti golongan kafir membantah..

Unknown berkata...

dia ni kaki sex bebas dan kaki mencuri kot, tu yg takut sgt hudud

mr berkata...

Ya Allah, beraninya dia ni! Ya Allah, Kau berikanlah petunjuk kpd hambaMu itu...

Unknown berkata...

ini semua spesis nak tunjuk pandai... tafsir hukum agama ikut sedap mulut. Semoga Allah memberi balas yg setimpal atas keceluparan mulut makhluk ini... semata2 mendatangkan fitnah kpd agama Allah... Nauzubillah..

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger