#Pembangkang
akan “gagal dan merana” kerana menyebarkan pembohongan tentang
pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2015 kata Timbalan
Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan. Menurut ketua penerangan Umno itu,
kerajaan cuba untuk menurunkan harga barang dengan pengenalan GST
sementara Pakatan Rakyat (PR) pula sebaliknya, menolak inisiatif
tersebut. “Mereka akan gagal dan merana kerana berbohong kepada
rakyat,” kata Ahmad selepas merasmikan Bengkel Usahawan Melayu Innovatif
di Kuala Lumpur hari ini.
#“Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Apabila harga barang dan perkhidmatan turun, pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan. “Selama ini mereka mengaitkan Barisan Nasional (BN) dengan ‘Barang Naik’ tetapi apabila GST dilaksanakan, barang akan turun,” katanya sebagai respons kepada kempen PR dan badan bukan kerajaan untuk menentang GST ... 22 DISEMBER 2013 Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dikiritik apabila menyarankan pelajar-pelajar universiti agar selalu mengamalkan masak sendiri dari makan di luar. Saranan ini diberi beliau bertujuan bagi mengurangkan beban cukai barang dan perkhidmatan (GST) di kalangan pelajar.
#Saranan tersebut dilakukan di dalam forum penerangan berkenaan GST kepada pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam pada Sabtu. Namun begitu, rata-rata pelajar universiti berpendapat bahawa saranan Ahmad itu mustahil untuk dilaksanakan apabila undang-undang kampus universiti sendiri tidak membenarkan pelajar-pelajar ini untuk masak di dalam kampus. Malah ada pelajar berkata peralatan memasak dan alat pemanas air juga tidak dibenarkan dibawa ke dalam kampus.... 11 APRIL 2015 Akhirnya siapa yang gagal dan merana ... ternyata Ahmad Maslan CGPA 3.85 gagal untuk menyakinkan rakyat apa yang dikempenkan selama ini dan akhirnya dirinya sendiri merana sebab kena tibai kaw-kaw.
Dia ingat dia mampu memperdayakan budak-budak UiTM yang mungkin dianggapnya masih mentah dan berhingus sebab belum perolehi sebarang ijazah sedangkan beliau adalah seorang sarjana lulusan UKM dengan CGPA 3.85 dan mengaku pelajar terbaik antara 177 pelajar. Jelas yang dirinya cuba nak memperbodoh-bodohkan para pelajar UiTM ... nampaknya Ahmad Maslan CGPA 3.85 sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Ketua Penerangan UMNO Pusat gagal untuk menyakinkan segenap lapisan rakyat terutamanya yang ada ilmu dan berpelajaran mengenai GST ini. Kini Ahmad Maslan CGPA 3.85 sudah dianggap sebagai liabiliti kepada UMNO/BN ... nilai kepercayaan rakyat kepada apa jua kata-kata yang terhambur dari mulutnya sudah dianggap sebagai sifar ... jalan paling baik dan selamat kini ialah beliau perlu membisu dari bercakap benda yang bukan-bukan.

Baca artikel asal http://umnopru14.blogspot.com/2015/07/beli-ikan-segar-dan-buat-sardin-sendiri.html
1 ulasan:
Jangan lupa tambah Ridsect dalam masakan.Mat 3.85 suku.
Catat Ulasan