Home » » PKR boikot semua program Aidilfitri BN selagi Anwar terpenjara

PKR boikot semua program Aidilfitri BN selagi Anwar terpenjara

Written By canang on Jumaat, 17 Julai 2015 | 7/17/2015 12:19:00 PG


PKR memboikot semua program Hari Raya anjuran Barisan Nasional (BN) di peringkat nasional dan negeri sebagai tanda protes terhadap pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim selama lima tahun di Sungai Buloh, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
 Presiden PKR itu berkata, pihaknya kesal Anwar yang diiktiraf di peringkat antarabangsa terus dipenjara sebagai seorang tahanan politik. "Pada ketika ketidaktentuan hala tuju ekonomi dan urus tadbir kerajaan kian meruncing, walhal pemimpin demokratik yang sah dan dipilih rakyat melalui undi popular masih terpenjara.

 "Sebagai tanda protes terhadap sabitan dan pemenjaraan Anwar, PKR akan memboikot kesemua program anjuran Barisan Nasional di peringkat Nasional dan Negeri," katanya dalam kenyataan hari ini. Anwar dilaporkan mendapat kad jemputan rumah terbuka raya daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) bersama Dr Wan Azizah pada Jumaat ini walaupun sedang menjalani hukuman penjara sejak Februari lalu.

 Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri (BIUPA) yang bertanggungjawab mengeluarkan kad jemputan itu bagaimanapun mengakui tersilap memasukkan nama Anwar. "Dalam hubungan ini, BIUPA memohon maaf dan mengaku membuat kesilapan dalam menghantar kad jemputan berkenaan," kata PMO dalam satu kenyataan. - See more at:
Share this article :

1 ulasan:

andah berkata...

U nak boikot. Who cares!

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger