JOHOR BAHRU: Realiti kehidupan masa kini memaksa
individu berpendapatan rendah melakukan dua pekerjaan bagi menjana
kewangan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan sebegitu digalakkan oleh kerajaan sebagai salah satu usaha untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup.
Menurut Ahmad, ia bukan sesuatu yang luar biasa, kebanyakkan rakyat di negara-negara utama juga melakukan dua pekerjaan.
Selain memilih untuk makan gaji daripada hasil dua pekerjaan berlainan, seseorang individu juga disyorkan untuk memulakan perniagaan secara kecilan menerusi perniagaan atas talian.
"Saya rasa ia (dua pekerjaan) bukanlah satu kesalahan, (walaupun) Malaysia ada peraturan, ia satu cara bagi menangani kos sara hidup juga. Walaupun kerja waktu pejabat (dari jam 8 pagi ke 5 petang), masih boleh buat online business, asalkan datang kerja dengan tidur yang cukup. Online business boleh buat weekend juga.
"Kerajaan telah melancarkan dua perkara; e-usahawan dan e-rezeki... boleh lihat portal... ia (dua pekerjaan) selaras dengan apa yang dibuat oleh peringkat kerajaan," kata beliau ketika ditemui di Majlis Sesi RamahBersama Usahawan Negeri Johor di sini, hari ini.
Beliau turut memberitahu, penjawat awam bebas untuk menjalankan perniagaan secara dalam talian, untuk menambah pendapatan.
Namun, tumpuan sepenuhnya serta komitmen pada tugas hakiki perlulah
diutamakan, supaya ia tidak menjejaskan prestasi kecemerlangan.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan sebegitu digalakkan oleh kerajaan sebagai salah satu usaha untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup.
Menurut Ahmad, ia bukan sesuatu yang luar biasa, kebanyakkan rakyat di negara-negara utama juga melakukan dua pekerjaan.
Selain memilih untuk makan gaji daripada hasil dua pekerjaan berlainan, seseorang individu juga disyorkan untuk memulakan perniagaan secara kecilan menerusi perniagaan atas talian.
"Saya rasa ia (dua pekerjaan) bukanlah satu kesalahan, (walaupun) Malaysia ada peraturan, ia satu cara bagi menangani kos sara hidup juga. Walaupun kerja waktu pejabat (dari jam 8 pagi ke 5 petang), masih boleh buat online business, asalkan datang kerja dengan tidur yang cukup. Online business boleh buat weekend juga.
"Kerajaan telah melancarkan dua perkara; e-usahawan dan e-rezeki... boleh lihat portal... ia (dua pekerjaan) selaras dengan apa yang dibuat oleh peringkat kerajaan," kata beliau ketika ditemui di Majlis Sesi RamahBersama Usahawan Negeri Johor di sini, hari ini.
Beliau turut memberitahu, penjawat awam bebas untuk menjalankan perniagaan secara dalam talian, untuk menambah pendapatan.
1 ulasan:
satu cadangan yg bernas dari seorang menteri umno bernama ahmad maslan...buat dua kerja akan menambahkan pendapatan....malangnya bagi seorang penjawat awam atau swasta yg bergerak pukol 6 utk ketempat kerja dan balik rapat pukol enam dan kemudiannya bergegas ketempat kerja kedua jam 7 barngkali dan balik jam 12 atau 14 malam adalah sukar....maaf ahmad maslan cadangan anda masih dikategorikan cadangan `bangang`. Cadangan anda hakikatnya telah dibuat oleh panjawat lain melalui skim rasuah atau istilah masa kini derma Arab....banayk pegawai kerajaan mendapat gaji pertama melalui cukai yg dipungut dari rakyat dan kemudian mendapat derma Arab dari tokey2 kerana meluluskan sesuatu secara tak masuk akal....ahmad maslan anda ketinggalan zaman cadangan anda telah lama dibuat oleh ramai menteri2 seperti anda.....walaubagaimanapun cuba lagi keluarkan idea baru jangan putus asa....
Catat Ulasan