Seorang wanita yang dikenali sebagai
Rajo Verma mendedahkan bahawa dia mempunyai lima orang suami. Tidak
terhenti setakat itu, kelima-lima lelaki berkenaan mempunyai pertalian
adik-beradik kandung.
Berdasarkan laporan dari portal
Mylaunchpad berkata, suri rumah berusia 22 tahun itu tinggal di dalam
sebuah rumah satu bilik bersama kelima-lima suaminya. Rajo menjalankan
tanggungjawab normal sebagai isteri di waktu siang dan tidur bersama
suami berbeza mengikut giliran pada sebelah malamnya.
Perkongsian rumah tangga enam individu
itu dikurniakan seorang bayi lelaki namun menurut Rajo, dia sendiri
tidak mengetahui siapakah bapa kepada zuriatnya.
“Ramai yang bertanya tetapi pada awal
sahaja berasa sedikit pelik, kini sejujurnya saya tidak mempunyai suami
kegemaran,” terang Rajo.
Rajo berkahwin dengan suami pertamanya
Guddu, 21, mengikut istiadat Hindu yang diatur keluarga mereka.
Walaubagaimanapun, adat di kampung mewajibkan wanita itu turut mengambil
adik-beradik Guddu sebagai suami.
“Kami semua melakukan hubungan seks dengannya tetapi saya tidak pernah cemburu. Kami sebuah keluarga yang bahagia,” jelas Guddu.
Suami-suami Rajo yang lain termasuklah
Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan terbaru sekali adalah Dinesh
yang dikahwini dua tahun lalu ketika pemuda itu baru sahaja mencecah
usia 18 tahun.
Sebagai suri rumah kepada keluarga yang
besar, Rajo memasak, mengemas dan menjaga anaknya, Jay yang berusia dua
tahun ketika semua suaminya bekerja di Dehradun, utara India.
“Ibu saya turut berkahwin dengan tiga
beradik. Apabila saya menerima Guddu sebagai suami, saya tahu bahawa
saya harus menerima kesemua adik-beradiknya sebagai suami,” ujar Rajo.
Tradisi yang diamalkan Rajo sekeluarga
ini dipanggil ‘Poliandri’. Adat purba ini pada zaman dahulu diamalkan
bagi mempertahankan tanah pertanian keluarga.
“Saya tidur dengan mereka mengikut
giliran. Kami tiada katil, kecuali beberapa selimut. Tiada perasaan iri
hati timbul malah saya mendapat lebih perhatian dan kasih sayang
berbanding kebanyakan isteri lain,” tambahnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan