Bisnes dan perniagaan emas hitam hari
ini aka petroleum cukup “brutal” disebalik permainan politik terutamanya
kartel minyak padang pasir seperti Arab Saudi yang berusaha keras untuk
mengekalkan kuasa pasaran minyak mentah di dunia.
Lebih-lebih lagi sasaran Arab Saudi adalah syarikat carigali minyak di Amerika.
Akibatnya, ia membuatkan lebih ramai pemain industri minyak terduduk dan merasai bahangnya termasuklah Petronas.
Sejarah
telah mencatatkan harga minyak dunia hari ini sebagai antara yang
paling buruk dalam sejarah harga minyak dunia. Harga minyak dunia jenis
crude telah jatuh mendadak sebanyak 70 peratus sejak pertengahan tahun
2014 lagi kepada sekitar 30 dollar setong hari ini. Dalam tempoh 30
tahun terakhir, harga minyak dunia dicatatkan berlkau kejatuhan sebanyak
4 kali iaitu:
- Pada tahun 1986
- Tahun 1998
- Tahun 2008
- Dan sekarang ini…..
Persoalannya
adakah akan berlaku pemotongan pengeluaran minyak di pasaran minyak
mentah dunia? Wakil kartel minyak Arab Saudi merangkap Menteri minyak
Arab Saudi Ali Al-Naimi :
“Ia sama sekali tidak akan berlaku”
Ini
kerana Arab Saudi berharap dengan kejatuhan mendadak harga minyak dunia
akan menyebabkan lebih banyak syarikat minyak Amerika ditutup gara-gara
tidak mampu bertahan dengan keuntungan yang mereka perolehi dengan kos
yang terpaksa yang ditanggung mereka. Selama mana? Tidak pasti…
Situasi
bertambah buruk hari ini. Lain yang dirancang Arab saudi dengan
melambakkan minyak mentah di pasaran dunia supaya harga terus jatuh dan
jatuh sehingga memberikan tekanan yang cukup hebat kepada syarikat
minyak dari US, lain pula yang terjadi.
Sebaliknya
apa yang berlaku sekarang ini syarikat minyak US lebih banyak dilihat
“berdiam diri” tanpa berbuat apa-apa dalam erti kata lain bertahan
selagi mana yang boleh dengan mencari jalan untuk mengurangkan kos
operasi masing-masing.
Keadaan Sebenar Lambakan Minyak di Pasaran VS Kejatuhan Harga Minyak Dunia?
- Masalah bertambah parah apabila sekatan terhadap Iran telah dihapuskan sehingga membolehkan Iran mengeluarkan sejumlah 400,000 tong minyak sehari.
- Di negara barat sahaja, terdapat sejumlah 3,000,000,000 tong minyak dalam simpanan mereka
- Ditambah dengan tambahan 1.1 juta tong minyak sehari yang dijangka berada dalam simpanan untuk tahun 2016 ini.
- Berdasarkan data yang diperolehi daripada EIA, Pengeluaran di Amerika Syarikat sahaja sudah mencecah 9 juta setong
Dan
pakar-pakar minyak dan ekonomi telah mengingatkan sekali lagi seriring
dengan peringatan Goldman Sach dan juga Citibank yang mana pemain
industri minyak haruslah bersedia untuk berhadapan dengan kejatuhan
harga minyak dunia yang lebih kejam daripada yang kita lihat hari ini
iaitu, US$20 setong.
KLIK SINI : Punca Harga Minyak Dunia Jatuh dan Turun? Terkini, Goldman Sachs Jangka US$20 Setong?
Apa sahaja kemungkinan bakal berlaku dengan data yang diperolehi hari ini.
Berita
terkini mengenai laporan kewangan Petronas mencatatkan, keuntungan
bersih Petronas telah jatuh sebanyak 56 peratus menjadi hanya RM20.9
bilion. Petronas menjangkakan tahun yang cukup mencabar bagi tahun 2016
dan juga tahu 2017 apabila mengunjurkan harga minyak dunia jenis Brent
akan berada sekitar 30 dolar setong pada tahun ini.
P/S
: Samada akan ada pekerja dan kakitangan Petronas kena buang atau
dikekalkan ataupun kena potong gaji, dapat bonus Petronas atau tidak,
dan juga butiran penstrukturan tenaga kerja Petronas akan diumumkan
dalam masa terdekat ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan