KUALA
LUMPUR : Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri
Aziz mengulangi kenyataan bahawa penurunan nilai Ringgit baik untuk
pelancongan negara.
Katanya, ini adalah masa sesuai pelancong asing melabur wang di negara ini dan pelancong tempatan pula lebih memilih untuk melancong dalam negara.
“Penurunan mata wang Ringgit baik untuk pelancongan, pelancongan dalam negeri. Apabila wang kita lemah, adakah anda pergi ke London? Di mana anda membelanjakan wang anda?
“Anda akan membelanjakan wang anda di Port Dickson dan Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengisytiharan Warisan Kebangsaan kali keempat di Muzium Negara pada Selasa.
Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, hanya orang gila sahaja tidak akan memahami apa yang diperkatakannya.
“Hanya orang gila yang tidak memahami bahawa penurunan mata wang Ringgit membawa kepada kebaikan kepada pelancongan,” katanya.
Nilai ringgit terkini USD1 bersamaan dengan RM3.99
SUMBER

3 ulasan:
...pelancong seronokle satu msia bleh borong, kite merane gile satu msia kena toanggung. Memang pacak gilole manok jan te ni.
nazri kata rm turun elok melancung kat pd atau dalam negeri saja kruak plak kata rakyat ramai melancung ke luar negara sebab duit mereka banyak???dua2 menteri bingai....
klu ringgit jatuh tu bagus... pastikan lah ringgit terus jatuh..kalau tidak nanti nazri lah yg gila.
teruskan buat hutang dan kurangkan hasil Negara, biar duit jatuh maka berjota2 pelancong dtg. begitu baiknya duit jatuh.
so setiap kali duit jatuh bagilah cuti pd rakyat dan celebrate di dataran.
dan pm mesti dgn bangganya mengumumkan setiap kali duit jatuh. ini pencapaian cemerlang Negara di bawah bn dgn balacinya nazri.
Catat Ulasan