Home » » Bangkai 65 tahun ditemui

Bangkai 65 tahun ditemui

Written By canang on Ahad, 2 Mei 2010 | 5/02/2010 07:00:00 PTG

Kapal terbang dipercayai milik AS berdasarkan logo tepi sayap

Sekumpulan pembalak menemui bangkai sebuah pesawat pengangkutan Air Transport Command milik Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) yang dipercayai terhempas ketika Perang Dunia Kedua di Gunung Bubu, Bruas, kira-kira 50 kilometer dari IPOH.

Penemuan secara tidak sengaja bangkai pesawat berusia lebih 65 tahun itu berlaku ketika beberapa pekerja pembalakan menjalankan kerja menanda kawasan pembalakan baru. Turut ditemui beberapa serpihan pesawat, enjin dan alat komunikasinya.

“Apabila tiba di satu kawasan cerun dengan ketinggian kira-kira 20 meter, seorang daripada kami terlihat objek bersinar di bawah cerun. Saya terkejut apabila melihat objek itu ialah bahagian belakang sebuah pesawat besar yang terputus dua. Saya percaya kami adalah orang pertama menemuinya".

“Saya berharap pihak bertanggungjawab memaklumkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) mengenai penemuan ini kerana memang jelas ia pesawat milik mereka".

Pesawat itu milik AS berdasarkan logo pada tepi sayap pesawat yang tertera Air Transport Command (ATC) dan Tentera Udara AS (USAF).

***Perkhidmatan ATC digunakan antara 1942 hingga 1948. Misinya ialah memenuhi keperluan segera untuk memperteguhkan pangkalan ketenteraan AS di seluruh dunia ketika Perang Dunia Kedua. ATC adalah pelopor kepada Military Air Transport Service (Servis Pengangkutan Ketenteraan Udara) pada 1948***



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger