KUCHING - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum memuji komitmen tinggi sebuah syarikat tempatan di Sarawak yang berani menghasilkan filem berbahasa Iban pertama berjudul "Saloi The Movie".
Filem sulong terbitan Allen Tinggie Trading Sdn Bhd itu akan mula ditayangkan di pawagam tempatan bermula 8 Me ini.
Salang berkata, usaha syarikat itu harus disokong bukan sahaja oleh penonton serta peminat seni filem tempatan malah juga golongan karyawan.
"Kita akui filem tempatan tidaklah sehebat filem Hollywood, dari segi bajet...memang lebih rendah, namun ia tidak menjadi penghalang untuk kita berkarya dengan lebih baik dengan adanya sokongan semua pihak," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran filem tersebut di sebuah pawagam terkemuka di sini hari ini.
CERITA SELANJUTNYA SILA KLIK
Home »
» Saloi The Movie filem Iban pertama di pawagan 8 Mei
Saloi The Movie filem Iban pertama di pawagan 8 Mei
Written By canang on Ahad, 2 Mei 2010 | 5/02/2010 06:30:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan