SHAH ALAM 2 MEI: Kerajaan Selangor memperuntuk lebih RM30 juta setahun untuk membiayai anak-anak golongan miskin yang dalam Yayasan Selangor bagi meningkatkan kualiti pendidikan di negeri ini.
Bercakap ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Yayasan Selangor, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berharap peruntukan ini digunakan sebaik mungkin termasuk lengkapkan pelajar dengan keupayaan berbahasa asing.
Beliau juga yakin Yayasan Selangor mampu menjadi institusi yang menjadi pemangkin kepada pembangunan pendidikan negeri ini.
“Kerajaan Selangor sentiasa memberi sokongan dalam bentuk geran dan hartanah untuk dapat membiayai perbelanjaan pentadbiran dan usaha sosial Yayasan Selangor,” katanya.
Selain kualiti akademik dan kokurikulum secara keseluruhan, Khalid mahu program bahasa asing sedia ada, ditambah.
“Sudah ada bahasa Arab ada. Saya mahu memperkenal bahasa Tionghua dan Tamil sebab sekarang ini perdagangan dunia memfokus kepada Asia. Kalau kita mempunyai dua bahasa, Cina atau India, ia merangkumi lebih daripada 2,000 juta masyarakat.
"Ia juga bersamaan hampir 50 peratus masyarakat dunia. Apabila tambah bahasa Inggeris, ia jadi lebih 75 peratus dapat kita rangkumi,” katanya.
Selain itu, Khalid juga berharap Yayasan Selangor mampu melahirkan pelajar yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa pada masa hadapan.
Pada majlis itu, seramai 70 pelajar yang mengambil Peperikaan Menengah Rendah (PMR) dan lima pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan beberapa pelajar terbaik menerima anugerah.
Pelajar Terbaik PMR 2009, Nur Izzati Nizaruddin dari Sekolah Menengah Jalan Tiga Bandar Baru Bangi gembira kerana tidak menduga menerima anugerah dari Yayasan Selangor.
“Saya ucapkan terima kasih sebab bagi peluang kepada saya untuk berada dalam tajaan Yayasan Selangor. Terima kasih sebab bagi saya tuisyen percuma," katanya.
Bagi Anugerah Pelajar Harapan 2009, juga dari sekolah sama, Nurul Suhadah Mohamad Sarim tidak menyangka beliau adalah penerima anugerah berkenaan.
“Saya ucapkan terima kasih kepada pengurusan yang memberi penghargaan ini. Saya sungguh bersyukur kerana berada dalam tajaan Yayasan Selangor sejak tingkatan satu lagi,
Home »
» Pelajari Bahasa Asing, Kuasai 75 Peratus Saingan Dunia
Pelajari Bahasa Asing, Kuasai 75 Peratus Saingan Dunia
Written By canang on Ahad, 2 Mei 2010 | 5/02/2010 06:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan