Home » » PKR Perak Dakwa 3 ADUN UMNO Akan Lompat Parti

PKR Perak Dakwa 3 ADUN UMNO Akan Lompat Parti

Written By canang on Selasa, 15 Jun 2010 | 6/15/2010 12:25:00 PG

Politik Perak bergelora lagi berikutan laporan tiga ADUN UMNO negeri itu dijangka akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana dikatakan tidak berpuashati dengan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Dalam satu sidang media di Hillcity Hotel, Gopeng, Perak, Ketua Penerangan PKR Perak, Zulkifly Ibrahim berkata nama 3 ADUN itu masih belum boleh didedahkan kerana menurut beliau, proses rundingan masih berjalan.

Menurut Bernama, Zambry telah menafikan dakwaan Zulkifly itu.

Jika benar tiga ADUN UMNO itu lompat menyertai Pakatan Rakyat, maka gagasan pembangkang itu akan kembali menerajui Perak kerana kelebihan majoriti di Dewan Undangan Negeri.

Zulkifly menjelaskan rasa tidak puas hati 3 ADUN itu berkisar mengenai tindakan Zambry melayan kerenah ahli- ahli PKR yang melompat parti, berbanding dengan ahli UMNO sendiri.

Beliau juga mendakwa bahawa 12 ketua UMNO bahagian di negeri itu juga tidak puashati dengan senario politik di Perak dan merancang untuk menyertai PKR tidak lama lagi.

Pada tahun 2009, kerajaan negeri Pakatan Rakyat tumbang selepas sepuluh bulan mentadbir Perak apabila dua ADUN PKR dan seorang dari DAP keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas pro-BN.

Zulkifly berkata pucuk pimpinan akan membuat kenyataan rasmi mengenainya tidak lama lagi serta mengumumkan nama tiga ADUN UMNO yang akan melompat menyertai PKR.

Menurutnya, ahli UMNO di negeri itu tidak puas hati dengan langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghalalkan pertaruhan sukan dengan meluluskan lesen perjudian sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd milik hartawan Tan Sri Vincent Tan.


Share this article :

1 ulasan:

aizat nasri berkata...

tolong la betul. boleh wat usul undi tak percaya. harap kalo diorg lompat boleh la pktn rakyat buat cara baik untuk rampas kuasa. pilihan raya or undi tak percaya..

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger